Makersmeet 2018 - Technology Sharing Session & 3D Printing

21 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Oktober 2018 (Sabtu) yang lepas, Pusat Internet (Pusat Internet) RPR Sibujaya, PI Seduan Rantau Panjang, PI Sri Wangi, PI Bandar Baru Permyjaya, PI Bandaria Park, PI Kg Lambir, PI Sepakat Jaya, PI Batu Gong dan PI Taman Malihah telah mengikuti Makersmeet 2018 - Technology Sharing Session & 3D Printing yang diadakan di Pustaka Negeri Sarawak, Kuching.

Program Makersmeet ini adalah sempena sambutan para pembuat yang termasuk Kraftangan, projek DIY serta acara yang menggalakkan penemuan dan inovasi anjuran Pustaka bersama MCMC dan beberapa agensi lain yang terlibat dalam menjayakan program yang berlangsung selama 2 hari ini. Program ini merangkumi pelbagai aktiviti serta demonstrasi untuk semua lapisan umur yang merangkumi teknologi dan pembuatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali